Siakap Keli

(Video) Lebih 6.2 Juta Tontonan, Kucing Ni Selamba ‘Lepak’ Dalam Peti Ais Sambil Menyusu Anak

Kucing merupakan haiwan comel yang sentiasa mendapat perhatian ramai dan menjadi pelengkap di dalam sesebuah keluarga. Ia juga kadangkala mempunyai tingkah laku yang pelik sehingga membuatkan pemiliknya pening. Pun begitu, haiwan itu tetap disayangi dan segala karenahnya dianggap sebagai melucukan.

Bila berada di dalam rumah, kucing kebiasaannya akan ‘menanda’ port kegemaran yang memberi keselesaan kepada mereka. Ada yang suka duduk dalam almari, bakul kain dan bawah katil. Itu hanyalah level biasa, berbeza dengan kucing yang tular ini yang dilihat sedang bersantai bersama anak-anaknya di dalam peti sejuk.

Lebih ‘menggeramkan’, kucing kelabu itu dilihat sedang menyusukan anak-anaknya yang berwarna oren.

Video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, @fitotan itu menjadi tular sehingga ditonton sebanyak 6.2 juta kali.

Barangkali terlalu selesa dengan kesejukan di dalam peti sejuk itu, semua kucing-kucing tersebut terkejut setelah ‘disergah’ oleh pemilik mereka.

Ibu kucing kemudiannya dilihat keluar meninggalkan anak-anaknya yang masih lagi selamba duduk bersantai di situ.

@fitotan

capekkkk🥲🥲🥲

♬ suara asli – Ferdi Fito Tandea – Ferdi Fito Tandea

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah kucing itu dan ada turut berkongsi mengenai kucing mereka yang juga suka duduk di dalam peti ais.

Panas sangat hari ni

Syiok dapat aircond

Pantang buka peti sejuk

Sumber: fitotan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.