Siakap Keli

(Video) Untuk Belum Pernah ‘Try’, Gadis Kongsi Menu ‘Best-Selling’ Boleh Cuba Di Ikea

IKEA merupakan salah satu tempat membeli perabot dan kelengkapan rumah kegemaran ramai rakyat Malaysia. Setelah penat membeli-belah di Ikea, kebanyakan yang datang akan singgah makan di restoran milik pusat beli-belah ini.

Sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu akan menu yang ada di sana. Kebanyakan mereka hanya datang untuk makan meatball sahaja kerana menu itu sangat terkenal di sana. Selain daripada itu, kebanyakan orang tidak tahu menu apa yang harus dipesan.

Seorang pengguna Tiktok bernama @fhazilanasir atau dipanggil Jiela baru-baru ini telah berkongsi satu video berkaitan senarai makanan yang wajib dicuba sekiranya anda datang ke IKEA. Mari sama-sama kita lihat senarai menu yang disarankan beserta komen yang diberikan oleh Jiela.

1. Swedish Meatball (16pcs)

Swedish Meatball ini sememangnya menu wajib sekiranya datang ke restoran IKEA kerana ianya sangat sedap dan terkenal. Menurut Jiela, rasa daging meatball tersebut sangat sedap dan berinti penuh, bukan sekadar tepung sahaja. Harga meatball IKEA ini hanyalah RM16.50 dengan kelazatan yang luar biasa. Jiela telah memberikan penilaian sebanyak 9/10 untuk meatball ini.

2. Chicken Lasagna

Menurut Jiela, Chicken Lasagna ini dikatakan agak sedap dan berbaloi dengan harga. Jiela juga memberitahu bahawa Chicken Lasagna tersebut boleh dipanaskan di dalam Microwave. Anda hanya perlu mencari Microwave berdekatan di restoran itu, kemudian panaskan sahaja. Jadi, anda dapat merasa lasagna tersebut semasa panas dan semestinya pasti lebih sedap. Tambah Jiela, isi lasagna ini agak banyak namun rasanya sedikit masin. Namun begitu, Jiela juga memberitahu lasagna tersebut akan rasa lebih sedap sekiranya makan dengan sos cili. Harga Chicken Lasagna yang sedap ini hanyalah RM10.90. Jiela hanya memberikan 8.5/10 sebagai penilaian.

3. Fish and Chips

Menurut Jiela di dalam video tersebut, Fish and Chip di sana merupakan yang paling sedap. Jiela memberitahu bahawa perkara yang paling dia suka berkaitan Fish and Chip ini adalah sos tartar yang diletakkan. Jiela tidak meletakkan harga Fish and Chip ini namun memberikan penilaian tertinggi iaitu 10/10. Nampaklah betapa sedapnya Fish and Chip tersebut.

4. Salted Egg Chicken Wing (6pcs)

Jiela memberitahu bahawa rasa ayam goreng di restoran tersebut sebenarnya biasa sahaja namun ianya membuatkan dia rasa ketagih untuk selalu beli apabila singgah makan di sana. Jiela juga memberitahu bahawa perkara yang paling dia suka dengan Salted Egg Chicken Wing tersebut adalah sos salted egg yang digunakan. Sos tersebut tidak rasa hanyir telur dan sangat sedap untuk dimakan. Tambah Jiela lagi, sekiranya ada sesiapa yang tidak minat salted egg, mereka boleh minta ayam goreng biasa sahaja. Harga Salted Egg Chicken Wing ini hanyalah RM17.90 untuk 6 ketul kepak ayam. Jiela memberikan 8/10 sebagai penilaian untuk Salted Egg Chicken Wing ini.

5. Karipap (6pcs)

Menu yang terakhir ialah karipap di IKEA ini. Menurut Jiela, karipap ini sangatlah sedap. Menariknya, terdapat telur di dalam karipap ini dan rasanya sangatlah sedap. Harga karipap ini hanyalah RM5.50 untuk 6 biji karipap. Jiela memberikan penilaian yang tinggi untuk karipap ini iaitu 10/10.

Haa dah tahu nak pesan apa di IKEA?

 

@fhazilanasir Reply to @srhsofian cake dia pun semua sedap 😫 #fyp #tiktokmalaysia #foodie #foodreview #MYFoodie ♬ Romantic Sunday – Car the garden

Sumber: Tiktok @fhazilanasir

Akhmar Ikmal