Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

“Kami Sebenarnya Bergelut Dengan Dua ‘Ending’,” Pengarah Squid Game Dedah Ada Penamat Alternatif Yang Berbeza

Pengarah ‘Squid Game’ Hwang Dong Hyuk menyatakan bahawa drama bersiri tersebut hampir mempunyai penamat yang berbeza dengan yang telah disiarkan.

Drama bersiri seram tersebut mengisahkan tentang beberapa orang pemain yang mengambil bahagian dalam permainan tradisional ‘berdarah’ tersebut. Antara permainan yang mereka mainkan ialah Grandmother’s Footsteps, atau British Bulldogs.

Pemenang yang berjaya akan ke peringkat seterusnya, manakala yang kalah akan ‘dihapuskan’ oleh pegawai yang memakai topeng hitam menggunakan senapang.

Kisah bermula dengan watak utama iaitu Seong Gi Hun (Lee Jung Jae) yang suka berjudi dan rakannya, Cho Sang Woo (Park Hae Soo) seorang pegawai bank yang dikehendaki polis.

Dalam episod terakhir siri tersebut kedua rakan baik itu perlu bertarung sesama sendiri untuk memenangi ganjaran sebanyak 45.6 billion won. Pertarungan tersebut berakhir dengan pemain 456 (Gi Hun) memenangi permainan yang terakhir dan mendapat semua ganjaran tersebut.

Namun pada akhir babak drama bersiri yang disiarkan di Netflix itu, dilihat Gi Hun yang pada mulanya mahu berjumpa anak perempuannya di luar negara akhirnya memutuskan untuk tidak menaiki kepal terbang tersebut.

Kredit via Daily Mail

Gi Hun akhirnya kembali untuk membalas dendam kepada program tersebut yang telah membuat permainan yang tidak masuk akal sehingga hampir membunuhnya dan 455 peserta lain yang telah dibunuh.

Namun begitu, menurut Hwang Dong Hyuk selaku pengarah drama ini berkata “Kami sebenarnya berbelah bahagi antara dua penamat.”

“Kami ada buat satu lagi penamat alternatif lain dimana Gi Hun menaiki kapal terbang dan pergi. Dan juga sudah pastilah babak dimana dia berpatah balik dan berjalan ke arah kamera.”

Beliau turut menerangkan bahawa para penerbit sering mempersoalkan sama ada patut atau tidak Gi Hun pergi melawat anaknya dan ‘mengecapi kebahagiaannya’. Sebelum akhirnya kami memutuskan bahawa penamat tersebut tidak sesuai dengan mesej yang hendak kami sampaikan.

“Akhirnya kami menyimpulkan bahawa persolan yang diusulkan tidak akan terjawab jika Gi Hun pergi meninggalkan Korea untuk berjumpa anaknya.

Hal ini kerana, persoalan yang ingin dijawab ialah – mengapa dunia menjadi seperti sekarang? Dan ianya hanya boleh dijawab jika Gi Hun berpatah balik dan berjalan ke arah kamera,” kata Dong Hyuk.

Sumber: Daily Mail

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.