Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Naik Lagi, Cecah Angka Lebih 6k Tiga Hari Berturut-turut

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 6,517 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Perkara ini menunjukkan bahawa kes terus meningkat sehingga mencecah angka enam ribu tiga hari berturut-turut. Mengikut rekod, kes baharu Covid-19 mula mencecah angka enam ribu bermula Rabu dengan 6,243 kes diikuti semalam dengan 6,323 kes dan terus meningkat kepada 6,517 pada hari ini.

Peningkatan kes baharu pada hari ini turut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,535,338 kes.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.