Siakap Keli
Gambar: BBC via Daily Star

Pernah Diserang Samseng Hingga Koma & Disahkan Tak Boleh Berjalan, Ini Kisah Lelaki ’Survive’ Hidup 40 Tahun Di Gunung Seorang Diri

Seorang lelaki menghabiskan hampir 40 tahun usianya dengan menjalani hidup secara ‘survival’ di kawasan pergunungan di wilayah Scottish Highlands, Scotland.

Lelaki tersebut, Ken Smith, 72, hidup bersendirian dalam sebuah kabin kayu yang kecil di pergunungan itu tanpa sebarang bekalan elektrik dan air paip.

Mungkin secara luarannya, Ken nampak tenang berseorangan di lembah itu. Namun hakikatnya segalanya bermula dalam satu tragedi hitam dialaminya satu ketika dahulu.

Mengimbas kembali, ketika usianya 26 tahun, Ken yang menetap di Derbyshire, England didakwa pernah diserang oleh sekumpulan samseng dalam satu siri serangan ganas pada waktu malam.

Difahamkan, serangan tersebut mengakibatkan dirinya cedera parah sebelum terlantar koma sehingga 23 hari kerana mengalami pendarahan otak serius.

Gambar: BBC via Daily Star

Doktor ketika itu memaklumkan, kesan cedera parah itu menyebabkan dirinya tidak boleh berjalan dan bercakap lagi, namun semangat yang dimilkinya membantu dia dapat ‘hidup’ semula.

Selepas pulih, Ken mula mengembara ke serata ceruk kawasan termasuklah hutan belantara, malah turut mengembara sehingga ke Kanada sebelum pulang semula ke rumah ibu ayahnya.

Namun setibanya di rumah setelah cukup jauh ‘bermusafir’ sehingga 22,000 batu, dia dapati ibu ayahnya sudah pun meninggal dunia.

Mungkin dipercayai kerana tertekan, kematian dua insan tersayang itu menyebabkan dia tekad untuk membawa diri dan kembali mengembara menuju ke Britain.

Ken mendakwa, dia mengembara dengan berjalan kaki melewati segenap ruang negara itu sambil kerap menangis kerana mungkin terkenangkan kematian ibu bapanya.

Kata Ken, dia membawa diri mencari tempat ‘paling terasing di Britain’ dengan melangkah ratusan demi ratusan batu setiap hari.

Gambar: BBC via Daily Star

Pengembaraan jauh yang sepi lagi berseorangan itu akhirnya terhenti di Rannoch, Scottish Highlands dan Ken memulakan kehidupan baharunya di situ.

Dengan ‘tangan kosong’, Ken membina sebuah kabin menggunakan kayu sebagai ‘rumahnya’ tanpa mempunyai sambungan bekalan elektrik mahupun air paip.

Dia berikhtiar hidup dengan menanam beberapa jenis tanaman sebagai sumber makanan, malah ada juga sumber makanan dan air yang diambil dari tasik berhampiran.

Bertahun-tahun lamanya terasing, pejam celik pejam celik akhirnya sudah hampir 40 tahun Ken hidup bersendiri tanpa sesiapa di lembah pergunungan itu.

Kisah Ken ini turut mencuri perhatian media dan ia pernah dirakam dalam penggambaran dokumentari bertajuk The Hermit of Traig dan disiarkan dalam BBC Scotland.

Gambar: BBC via Daily Star

Sumber: Daily Star

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'