Video seorang penghantar barang menghantar bungkusan kurier yang mengandungi sebiji gula-gula secara COD di kawasan gunung telah menjadi tular di media sosial.
Lokasinya dilaporkan agak jauh daripada tempat ianya diambil dan harga gula-gula dipercayai bernilai 153 rupiah sahaja.
Video yang berdurasi selama 18 saat itu telah dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram yang bernama @andreli48.
“Siapalah yang menigirimkan sebiji gula-gula ni,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Dalam video itu, penghantar barang tersebut dapat dilihat menunjukkan pakej CODyang berupa beg plastik kecil berisi sebiji gula-gula.
Pada bungkusan itu terdapat alamat penerima yang menunjukkan bahawa pakej itu perlu dihantar ke Madukara, Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.
Penghantar barang tersebut sempat untuk menunjukkan lokasi jalan sepi yang penuh dengan pokok-pokok di pinggir jalan yang perlu dilaluinya.
“Hantar pakej yang bernilai 153 rupiah, perlu redah hutan tebal ke gunung,” ujarnya.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehinga kini, ianya telah ditonton lebih 6 ribu kali.
View this post on Instagram
Sumber: viva.co.id