Siakap Keli
Gambar: Abang Comot

(Video) Stereng Bunyi ‘Guk Guk’ Bila ‘Corner’, Mekanik Ni Tunjuk Tempat Yang Korang Kena ‘Check

Bagi yang memiliki kenderaan sendiri, sudah pasti akan berasa resah setiap kali ada bunyi yang jarang didengari ‘keluar’ dari kenderaan tersebut. Apa tidaknya, jika ada bunyi tu mesti terfikirkan ada bahagian yang mengalami kerosakan.

Antara bunyi yang kerap didengari oleh pemandu ialah ketika memusingkan stereng setiap kali hendak mengambil selekoh. Lebih parah, bunyi tersebut bertambah kuat apabila stereng dipusingkan sehingga habis terutamanya ketika membuat pusingan ‘U’.

Bunyi yang dimaksudkan adalah seakan ‘guk guk’ setiap kali pusingkan stereng. Tapi jangan risau kerana seorang mekanik telah mendedahkan punca bunyi tersebut melalui akaun Tiktok Abang Comot.

Menurutnya, anda boleh memeriksa di bahagian penyambungan di antara stereng wheel dengan stereng rack. Untuk mengetahui kemungkinan punca bunyi tersebut, korang boleh melihat perkongsiannya di bawah:

@abangcomot

Steering bunyi guk guk bila corner#tanyaabgcomot #tiktokguru

♬ Karna Rindu DJ Remix – @

Sumber: Abang Comot

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.