Siakap Keli
Gambar: Bernama

Bawah 6k, Kes COVID-19 Yang Dilaporkan Harini Lebih Rendah Berbanding Semalam

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 13 November 2021, terdapat sebanyak 5,809 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan.

5,809 kes COVID-19 baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 2,541,147 kes.

Kes baharu yang dilaporkan pada hari ini juga menurun sedikit berbanding semalam iaitu 6,517 kes.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan statistik kes COVID, layari laman COVIDNOW di covidnow.moh.gov.my

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.