Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan bahawa akad nikah yang dilakukan secara online tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu syarat sah ijab-kabul pernikahan.
Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Ketua Fatwa MUI Asrorum Niam Soleh di Hotel Sultan, Jakarta selepasforum Ijtima Ulama diadakan pada Selasa lalu.
“Akad nikah secara online hukumnya tidak sah, jika ianya tidak memenuhi salah satu syarat sah ijab-kabul pernikahan.
“Yakni dilaksanakan secara ittihadu al-majlis (berada dalam satu majlis, dengan lafaz yang sharih (jelas), dan ittishal (bersambung antara ijab dan kabul secara langsung),” ujarnya.
Menurutnya, sekiranya pengantin lelaki dan wali tidak dapat berada dalam satu tempat secara fizikal, ijab-kabul dalam pernikahan boleh dilakukan dengan cara tawkil atau mewakilkan.
Sementara itu, jika para pihak tidak boleh hadir atau tidak mahu mewakilkan, perlaksanaan akad nikah secara online boleh dilakukan dengan beberapa syarat.
Antaranya adalah dengan adanya ittihadul majlis, lafaz yang jelas dan tersambung antara ijab dan kabul secara langsung.
“Pernikahan secara online yang tidak memenuhi syarat, hukumnya adalah tidak sah,” jelas Niam lagi.
Sumber: Detik.com