Siakap Keli
Gambar; indozone

Mark Zuckerberg Gilap Otak Anaknya Belajar “Coding” Dan Main ”Game”, Tegas Larang Main Media Sosial

Mark Zuckerberg berpandangan bahawa coding adalah salah satu perkara yang perlu diajar kepada kanak-kanak.

Perkara tersebut dinyatakannya selepas dia mula mengajar coding kepada dua anak perempuannya yang bernama August (4 tahun) dan Maxima (5 tahun) sejak mereka berusia tiga tahun lagi.

“Kadang-kadang mereka baca buku bersama. Adakalanya mereka akan melakukan coding bersama. Mark telah melakukan perkara dengan August sejak dia berusia tiga tahun,” ujar isteri Mark, Priscilla Chan.

Menurut Mark, coding mampu untuk mengasah kreativiti kanak-kanak kerana mereka boleh mereka laman web mengikut kehendak mereka. Lebih-lebih lagi kini terdapat banyak perisian untuk mengajar coding kepada kanak-kanak.

CEO kepada syarikat Meta itu pernah memuat naik foto ketika anaknya, August mempelajari bahasa pemprograman menggunakan perisian Kano.

Dia mengakui bahawa untuk mengajar coding kepada anak-anaknya, kesabaran yang tinggi itu perlu ada.

Selain dari itu, Mark Zuckerberg juga berpandangan bahawa game juga boleh merangsang pertumbuhan otak kanak-kanak. Dia sering menemani anaknya Max bermain game strategi atau game sains.

Pun begitu, Mark dan Chan bersetuju supaya kedua-dua anak mereka itu tidak dibenarkan menggunakan media sosial sehingga usia mereka mencecah 13 tahun.

“Tidak boleh, sampailah umur mereka 13 tahun kerana itulah syaratnya,” jelas Chan.

Mark sendiri menetapkan syarat minimum 13 tahun untuk membolehkan seseorang menggunakan media sosial Facebook dan Instagram.

Walaupun begitu, syarat tersebut mudah diatasi dan hasilnya ramai kanak-kanak yang mendapat akses untuk menggunakan kedua media sosial tersebut.

Sumber: indozone

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.