Siakap Keli
Gambar: @fakta.indo

(Video) Lelaki Gempar, Temui Sosok ‘Wanita’ Berbaju Putih & Berambut Panjang Didakwa Kuntilanak Atas Atap

Satu video berkenaan penampakan sosok wanita berbaju putih berambut panjang yang sedak duduk di atas atap sebuah kawasan kedai tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @fakta.indo.

Dalam kapsyen yang terdapat dalam video tersebut, pemilik video itu menyatakan bahawa pada awalnya dia hanya melewati kawasan berkenaan untuk pulang ke rumah dengan rakannya yang sedang membawa motosikal pada pukul 4 pagi.

Ketika sedang melewati kawasan itu, dia telah terlihat sosok yang didakwa sebagai kuntilanak sedang duduk diam di atas atap. Dia pun lalu menyuruh rakannya itu berpatah balik bagi memastikan apa yang dia nampak itu adalah benar.

Apabila mereka berpatah balik ke kawasan tersebut, sosok itu masih lagi berada di situ. Sosok tersebut kelihatan sedang duduk diam, memakai pakaian putih dan berambut panjang.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan sosok itu, namun video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 120 ribu kali.

Sumber: @fakta.indo

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.