Satu video yang memaparkan akses masuk ke rumah seorang penduduk dipagar oleh jirannya sendiri telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut dipercayai berlaku di Indonesia, namun tidak dapat dipastikan berkenaan dimanakah lokasi sebenarnya.
Video akses jalan rumah penduduk dipagar itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @viralkak.
Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa jiran pemilik rumah itu sedang memagar akses laluan ke rumahnya dari bahagian tepi dan belakang.
Sepasang suami isteri itu dilihat memasang pagar yang diperbuat daripada kayu buluh di sebelah rumah pemilik rumah tersebut.
Akibat daripada tindakan mereka itu, pemilik rumah tidak mempunyai akses untuk masuk dari tepi rumahnya.
Pemilik rumah berkenaan turut memuat naik kenyataan dari Agensi Tanah Negara bahawa lokasi yang dipagar itu adalah merupakan jalan umum.
Berdasarkan peta, tanah yang diakui oleh jirannya itu iaitu dari bahagian tepi rumahnya sehingga belakang sebenarnya adalah jalan umum.
Pun begitu, dalam video tersebut, jirannya itu belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan. Pihak Agensi Tanah Negara juga dilaporkan belum memberikan klarifikasi berkenaan insiden itu.
Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 3 ribu kali.
View this post on Instagram
Sumber: viva.co.id