Siakap Keli
Gambar: Bernama

Jabatan Kesihatan Selangor Kesan Satu Kes Kolera Di Daerah Petaling – Khairy

Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor. Makluman ini telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui perkongsian di akaun Twitter miliknya.

Menerusi perkongsian itu juga, Khairy juga telah mengingatkan orang awam agar minum minuman air yang telah dirawat atau dididihkan sahaja. Selain itu, KJ juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan jangan memakan makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

https://twitter.com/Khairykj/status/1459802473917411331

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.