Siakap Keli
Sumber: Bernama

Jawatankuasa Khas Ditubuh Bagi Siasat Secara Teliti Kematian Muhammad Adib, Ini Senarai 10 Anggota

Jawatankuasa Khas Siasat Kematian Muhammad Adib ditubuhkan bagi menyiasat secara teliti berkaitan kematian anggota bomba, Muhammad Adib bin Kassim. Pertubuhan ini telah dianggotai oleh pakar undang-undang, patologi forensik dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dapatan dan syor yang diberikan oleh pertubuhan ini akan dikemukakan kepada mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan.

“Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan & kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.” kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku pengerusi pertubuhan ini.

Berikut merupakan sepuluh anggota Jawatankuasa Khas Siasat Kematian Muhammad Adib iaitu:

  1. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang)- Pengerusi
  2. Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri
  3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan
  4. Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara
  5. Datuk Kamardin Hashim, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan
  6. Datuk Dr Bhupinder Singh, Perunding Kanan Patologi Forensik Penang Medical College
  7. Prof Datuk Dr Looi Lai Meng, Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya
  8. Datuk Dr P. Sundramoorthy, Pakar Kriminologi,
  9. SAC Azari Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah (D10), Forensik PDRM
  10. SAC Mohammad Abd Hamid, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan & Pendakwaan PDRM

Urusetia:

  • Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Dalam Negeri
  • Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Kredit: Bernama

Sumber: Twitter Bernama

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.