Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Kena Beritahu & Pesan Pada Anak..,” Ini Zon Bahaya Van & Bas Sekolah Yang Anak-anak Perlu Tahu

Titik buta atau blind spot merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara lansung. Titik buta adalah salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku.

Setiap kenderaan mempunyai titik buta tersendiri. Semakin besar saiz sesebuah kenderaan, maka makin luas kawasan titik buta atau blind spot ini.

Mengenali titik buta sesbuah kenderaan sangat penting untuk mengelak perkara tak diingini berlaku, terutamanya kepada kanak-kanak. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan utama untuk memberi pendekatan kepada anak-anak supaya lebih berhati-hati apabila berada berdekatan dengan sesebuah kenderaan.

Oleh itu, Public Health Malaysia (PHM) melalui laman sosial Facebook berkongsi keadaan zon bahaya van atau bas sekolah yang patut diketahui anak-anak.

Menurut perkongsian PHM, zon bahaya adalah lokasi titik di mana pelajar tidak dapat dilihat oleh pemandu atau titik buta. Jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya kawasan titik buta (zon merah) iaitu di hadapan dan sisi belakang kenderaan.

Ketika ingin turun dari kenderaan ini, lihat ke arah kiri dan kanan selepas kenderaan berhenti, kemudian terus keluar dari zon bahaya, begitu juga ketika hendak menaiki bas atau van.

Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak untuk mengelak daripada mengutip barang yang terjatuh ketika berada dekat dengan van atau bas sekolah. Hal ini kerana, jika mereka menunduk untuk mengutip barang, pemandu tidak dapat melihat mereka sama sekali.

Sumber: Public Health Malaysia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.