Siakap Keli

Menu Siakap 3 Rasa Untuk Asnaf

Lebih 200 kilogram menu hidangan ikan siakap 3 rasa disediakan sebagai juadah makanan tengah hari untuk golongan asnaf sekitar kariah Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan.

Menu istimewa tersebut dimasak secara bergotong royong oleh jawatankuasa masjid berkenaan. Ia merupakan sebahagian dari aktiviti Dapur It’am JAWI dan MAIWP berkonsepkan soup kitchen dan edaran makanan percuma setiap hari melibatkan 70 buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. Turut diagihkan ikan siakap segar dan barangan keperluan asas harian.

Semenjak dimulakan ketika awal tempoh pandemik melanda negara, lebih sejuta orang telah menerima manfaat daripada inisiatif Dapur It’am dengan kos bernilai RM 16 juta terdiri daripada petugas barisan hadapan, petugas kebersihan, pemandu e-hailing, asnaf dan golongan B40, kejiranan bukan Muslim serta lain-lain golongan yang terkesan dan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan.

Siti Fatimah