Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,143 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,551,452 kes.
Catatan kes positif yang dilaporkan setakat tengah hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 5,162 kes semalam.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Pada 15 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,143 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,551,452 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/kLoubrPeeG
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 15, 2021
Sumber: DG Hisham