Siakap Keli
Kredit: Fakta Indo

(Video) Mendebarkan, Detik Cemas ‘Rider’ Berhenti Di Tengah Antara Dua Kereta Api Sedang Laju

Seorang penunggang motosikal di Indonesia berdepan detik cemas apabila berada di tengah-tengah dua kereta api yang sedang meluncur laju, lapor Suara.

Berdasarkan video yang dimuat naik di Instagram Fakta Indo, lebih mengerikan lagi, lelaki tersebut langsung tidak memakai topi keledar ketika itu.

Difahamkan pada awalnya dia melepasi palang pintu keselamatan di landasan dengan ‘selamba’nya tanpa hirau kiri dan kanan.

Ketika itu ada petugas keselamatan menyedari tindakannya dan cuba menjerit ke arahnya, namun ia tidak diendahkan.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, muncul sebuah kereta api meluncur laju dari arah belakang sebelum disusuli dari arah yang bertentangan.

Walaupun suasana bising, lelaki itu terpaksa bertahan sebentar di tengah-tengah landasan itu sehinggalah kedua-dua kereta api itu beredar dan akhirnya dia dapat menyeberangi jalan.

Video yang dimuat naik itu telah ditonton lebih 520,000 tontonan setakat ini dan rata-rata netizen tidak senang melihat tindakan lelaki terbabit.

 

Sumber: Suara / Fakta Indo

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.