Siakap Keli
Kredit: Rusna/TW

(Video) Siap Ada Strategi, Burung Bijak Guna Roti ‘Umpan’ Ikan Datang Kepadanya Sebelum Tangkap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kalau kita nak pancing ikan, mesti akan guna umpan macam cacing dan roti kan? Kalau nasib kita baik, sekejap je umpan tu dah kena makan.

Tapi pernah tak korang tengok haiwan pemangsa yang guna umpan untuk tangkap mangsanya? Lagi menarik, ia pun guna umpan macam kita guna iaitu roti.

Begitulah situasi ‘unik’ seekor burung yang dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama Rusna dalam satu kejadian baru-baru ini.

Berdasarkan video itu, terdapat individu membaling cebisan roti ke arah burung itu yang berada di gigi air, namun roti itu dikoyak dan dilontar ke arah air untuk mengumpan ikan.

Menariknya, burung tersebut mempunyai strategi tersendiri untuk mengumpan ikan itu datang lebih dekat kepadanya.

Nak tahu berapa lama si burung bijak ini menunggu mangsanya dan strategi yang digunakan? Jom layan video yang dikongsikan di TikTok Rusna di bawah ini.

@rusnatwship

#just #just #cute pandai betul..nak kata apa pon tak tau😊

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Sumber:  TikTok Rusna/TW

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'