Siakap Keli
Gambar : Facebook The Magpie Whisperer

(Video) Sibuk Nak Jadi Kelawar, Aksi Burung Tergantung Di Tuala Secara Terbalik Buatkan ‘Member’ Tak Senang Duduk

Satu rakaman memaparkan seekor burung murai tergantung di tuala telah menarik perhatian ramai. Walau bagaimanapun, seekor lagi burung dilihat seolah-olah cuba memujuk burung berkenaan dengan cara mematuknya berulang kali.

Video tersebut telah mendapat perhatian pengguna Reddit dan ada menyoal sama ada burung itu menyangka dirinya seekor kelawar, lapor Dailymail.

Gambar : Facebook The Magpie Whisperer

Menerusi video yang dikongsikan, terlihat seekor murai dan rakannya telah ditangkap sedang mengolok-olok di belakang rumah di Australia.

Video lucu ini telah muncul semula sekitar tahun 2016, dikongsi di Reddit pada hari Isnin, menunjukkan seekor murai mengambil sedikit masa daripada mendarat untuk menggantungkan dirinya secara terbalik dari sidaian tuala.

Tetapi, seekor lagi rakannya memutuskan untuk mengganggu ketenteramannya dengan mematuk burung yang sedang tergantung secara main-main itu sehingga dia berjaya memujuknya.

Gambar : Facebook The Magpie Whisperer

Selepas berhenti seketika, pasangan itu berpandangan sesama sendiri sebelum berpisah secara aman.

Rakaman unik itu telah menarik perhatian pengguna media sosial yang terhibur dan mempersoalkan sama ada burung itu menyangka ia mungkin seekor kelawar.

“Seolah-olah dia terlupa dirinya haiwan apa buat sementara waktu,” tulis seorang pengguna.

“Baru tengok filem Batman baru,'”seloroh yang lain.

Video itu telah menunjukkan sisi tenang seekor burung yang terkenal dengan ciri-ciri agresif dan terkenal dengan serangan ganasnya terutamanya terhadap penunggang basikal dan pelari.

Sumber : Dailymail

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.