Baru-baru ini kita kerap mendengar isu mengenai penyakit kolera yang dikatakan membawa mudarat kepada seseorang individu. Penyakit kolera ini merupakan penyakit berjangkit dan boleh menyebabkan cirit-birit berair, muntah-muntah, kehilangan cecair dan elektrolit yang berlebihan serta dehidrasi yang sangat teruk.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter, KKMalaysia ada berkongsikan mengenai penyakit kolera. Penyakit kolera ini adalah jangkitan di dalam saluran pemakanan disebabkan bakteria yang bernama Vibrio cholera.
Simptom utama yang berlaku apabila terkena jangkitan ini adalah cirit-birit yang sangat teruk. Bukan itu sahaja, ada sesetengah kes di mana jangkitan ini boleh menjadi lebih teruk dan memudaratkan sehingga boleh menyebabkan kematian berlaku.
Penyakit kolera ini boleh merebak melalui dua cara sahaja iaitu di dalam air minuman yang tercemar serta makanan yang tercemar. Tempoh inkubasi adalah beberapa jam pertama apabila mengalami simptom sehingga 5 hari.
Langkah pencegahan yang bersesuaian untuk mencegah penyakit ini adalah dengan mengamalkan membasuh tangan secara kerap terutamanya selepas ke tandas, sebelum mengendalikan makanan dan sebelum makan.
Seterusnya, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyakit ini turut melibatkan penjagaan dapur dan peralatan memasak supaya sentiasa bersih daripada bakteria dan kuman.
Bekalan air juga perlulah sentiasa selamat iaitu sentiasa didihkan air sebelum diminum. Lebih baik elakkan meminum minuman yang berais kerana dibimbangi air itu mungkin tercemar kerana bakteria gemarkan air yang sejuk dan tidak panas.
Sekiranya anda mengalami mana-mana simptom penyakit ini, segera dapatkan rawatan supaya penyakit semakin merebak dan menjadi lebih teruk.
Kolera – Penyakit Bawaan Makanan dan Air
✅ Disebabkan jangkitan Vibrio cholerae.
✅ Boleh bawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
✅ Langkah pencegahan penting bagi elak penularan terutamanya di musim hujan.
✅ Dapatkan rawatan segera jika alami gejala ini.#infokesihatan pic.twitter.com/U3QJSLALqm— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 16, 2021
Sumber: KKMalaysia