Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Bridesmaid Pegang Tangan Sampai Siku,” Jurukamera Dedah Cerita Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Majlis Kahwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gangguan seksual merupakan perlakuan berbentuk kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks. Perbuatan ini selalunya berlaku secara berulang hingga menyebabkan mangsa kurang senang.

Menurut info piskologi di laman web Kementerian Sumber Manusia (MOHR), gangguan ini boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu gangguan seksual secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.

Bentuk gangguan seksual yang kerap kali berlaku terhadap individu mungkin berbeza. Pun begitu, gangguan seksual ini boleh dialami oleh kedua-dua jantina, baik wanita mahupun lelaki.

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman dirinya, seorang lelaki jurugambar yang dikenali sebagai Amirul Ruslam melalui laman Twitter miliknya tampil berkongsi cerita. Ikuti perkongsian Amirul Ruslam di bawah ini.

“Bridesmaid pegang tangan sampai siku..”

Cerita ini sebelum COVID-19. Ada satu bridesmaid ni minta saya ambilkan gambar pakai phone dia, saya ambilkan.

Bila saya nak pulangkan phone, dia pegang tangan saya sampai ke siku.

Saya tepis cepat-cepat dan cakap, “Sorry Miss.”

Dia balas “Oh sorry, I sengaja pegang,” sambil gelak dan buat muka gedik.

Bagi saya, apa yang bridesmaid tu buat dah kira gangguan seksual dah.

Tapi tu lah, bila saya dah cerita ni, sat lagi, keluarlah tweet kata, “Ala pegang tangan je pun,” “Kalau betul nak menjaga sangat, tak payah jadi wedding photographer.”

Kalau saya nak cerita tragedi lain yang ada perempuan menggatal dengan saya masa job photo wedding, banyak je. Sampai ada bridesmaid buat lawak lucah kat saya pun ada.

Tapi nanti ada lah melenting kata, “Kau ingat orang hamak kat kau sangat ke!” “Nak angkat bakul le tu.”

Bayangkan muka saya yang tak hensem langsung umpama punggung kuali ni pun ada perempuan gedik nak menggatal semasa kerja as wedding photographer. Apatah lagi photographer lelaki yang hensem kat luar sana tu. Lagi lah kena kacau.

“Lelaki pun kena…”

Menjengah ke ruangan komen, warga net turut bersetuju bahawa kejadian tersebut termasuk dalam kategori gangguan seksual. Warga net bersimpati dengan kejadian yang berlaku kepada photographer berkenaan dan tak sedikit yang terkejut ganggun seperti itu boleh tejadi pada golongan lelaki.

Sumber: Amirul Ruslam

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.