Seekor anak gajah Sumatera berusia satu tahun terpaksa kehilangan setengah belalainya setelah terkena jebakan pemburu haram di wilayah Aceh, Indonesia, lapor media tempatan.
Menurut ketua Balai Konservasi Sunber Daya Alam (BKSDA) Aceh, Agus Arianto, gajah betina berkenaan merupakan salah satu daripada 700 ekor gajah liar yang mendiami pulau Sumatera ketika ini.
Jelas Arianto, gajah tersebut ditemui dalam keadaan sangat lemah dengan jerat yang hampir putus di tubuhnya, dipercayai milik pemburu haram. Gajah itu dipercayai ditinggal setelah keadaan kesihatannya yang memburuk setelah terkena jerat.
Tambahnya, petugas penyelamat terpaksa memotong sebahagian belalai gajah tersebut semalam, dalam usaha menyelamatkan nyawa gajah malang itu. Gajah tersebut ditemui di sebuah desa dekat hutan di Aceh Jaya, Ahad lalu.
Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama terjadi di kawasan berkenaan. Pada bulan Ogos tahun lalu, BKSDA turut menemui anak gajah Sumatera yang terkena jerat tali nilon sehingga menyebabkan kecederaan pada pergelangan kakinya.
Anak gajah jantan berusia sekitar empat tahun itu dipercayai telah terjerat tali berkenaan selama empat bulan sebelum ditemui dan mendapat rawatan veterinar.
Menurut data Kesatuan Pemulihan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) gajah Sumetera tergolong dalam spesis terancam daftar merah pada tahun 2012 dan mungkin akan pupus dalam tempoh 25 tahun.
Sumber: Kabar Totabuan