Siakap Keli
Sumber: India.com

Kerbau Tak Mahu Susunya Diperah, Penternak Terpaksa Buat Laporan Polis

Seorang penternak di Madhya Pradesh, Bhind di India terpaksa ‘mengheret’ kerbaunya ke balai polis gara-gara haiwan ternakannya itu tidak mahu mengeluarkan susu, lapor India.com.

Menurut laporan itu, penternak tersebut mengesyaki punca kerbaunya itu tidak mahu keluarkan susu adalah dipercayai kerana disihir.

Deputi Superintendan Polis, Arvind Shah mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian lucu itu dan mendakwa penternak tersebut datang ke balai polis sebanyak dua kali untuk tujuan sama.

“Penternak tersebut yang dikenali sebagai Babulal Jatav, 45 tahun, membuat laporan di Balai Polis Nayagaon pada Sabtu, mengadu kerbaunya tidak mahu susunya diperah akhir-akhir ini.

“Saya telah memberitahu balai polis berkenaan untuk memberi sedikit nasihat mengenai veterinar kepada penternak itu.

“Lalu penternak tersebut akhirnya datang sekali lagi ke balai polis itu hari ini untuk mengucapkan terima kasih kerana kerbaunya kini boleh keluarkan susunya semula,” katanya.

Sumber: India.com

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.