Siakap Keli
Gambar: Google

“Kurangkan Sakit Kepala,” Ini 10 Manfaat Mandi Air Panas Yang Ramai Tak Tahu

Tahukan anda jika mandi air panas manfaatnya sama seperti berjalan kaki selama 30 minit. Menurut ahli psikologi Neil Morris, mandi air panas boleh mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan kepada manusia. Selain itu, terdapat beberapa kebaikan yang terbukti dapat membantu kita dari segi kesihatan.

Antara 10 manfaat mandi air panas adalah seperti:

Menurunkan gula dalam darah.

Mandi air panas mungkin hanya apa yang anda perlukan bagi menurunkan gula darah anda dan membakar kalori. Dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh Universiti Loughborough, saintis mendapati kesan mandi air panas boleh mengawal gula darah dan tenaga yang dibelanjakan. Dalam kajian itu, para saintis telah merekrut 14 orang lelaki dan masing-masing berendam dalam air panas selama satu jam. Mereka kemudian membandingkan berapa banyak kalori yang dibakar dalam setiap sesi serta mengukur gula darah mereka selama 24 jam selepas setiap percubaan. Mandi air panas boleh dikatakan sama dengan berjalan kaki selama setengah jam kerana ia membakar kira-kira sebanyak 140 kalori. Tindak balas gula darah keseluruhan terhadap kedua-dua keadaan juga adalah serupa.

Tidur lebih cepat. 

Air panas dapat melegakan badan dan memudahkan kita untuk tertidur. Apabila badan yang tegang disirami air suam, air panas meningkatkan suhu badan dan mengendurkan otot. Mengendurkan otot bukan sahaja menenangkan kita secara fizikal tetapi juga mental.

Menurunkan tekanan darah.

Kajian telah menunjukkan bahawa mandi air panas boleh menurunkan tekanan darah anda. Ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jantung dan juga mereka yang tidak. Walau bagaimanapun, anda perlu dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai penyakit jantung kerana mandi air panas juga boleh meningkatkan kadar degupan jantung anda. Jika doktor mengatakan ia okey, maka ini adalah cara yang bagus untuk menurunkan tekanan darah anda.

Melegakan ketegangan otot.

Mandi air panas boleh melegakan ketegangan otot yang kaku. Jika anda mempunyai shower yang kuat adalah lebih baik. Biarkan air panas berfungsi seperti urutan mini pada bahu, leher dan belakang anda.

Mempunyai kulit yang lebih bersih dan sihat.

Rendam dengan baik dalam air panas, ia boleh membuka pori-pori dalam kulit kita. Dan jika airnya bersih maka ia boleh mencuci sedikit kotoran dan toksin dari kulit kita. Hasilnya kulit lebih segar dan bersih.

Melembapkan kulit.

Anda mungkin tidak suka kulit berkedut yang anda perolehi selepas mandi air panas, tetapi ia sebenarnya memberi kesan yang baik. Air suam meninggalkan kulit lembap lebih lama dan menghalangnya daripada mengering dan mendapat rekahan kecil yang sering muncul apabila ia kering.

Memperbaiki peredaran darah.

Menyiram air panas ke leher adalah sejenis senaman untuk saluran darah anda. Ini kerana air mencipta tekanan fizikal pada badan. Maka ia meningkatkan kapasiti jantung kita. Dalam erti kata lain, apabila kita berada di dalam air, jantung bekerja lebih cepat dan lebih kuat. Anggap ini lebih seperti senaman ringan yang boleh dilakukan beberapa kali dalam seminggu.

Membantu melegakan simptom selsema.

Mandi air panas juga bertindak sebagai dekongestan semula jadi untuk melegakan simptom selsema, kerana wap panas melembapkan saluran hidung. Berendam dengan air panas selama 10-15 minit juga boleh membantu anda berasa lebih baik sementara badan anda cuba untuk menjadi lebih baik.

Mengurangkan sakit kepala.

Kebanyakan jenis sakit kepala disebabkan oleh penyempitan saluran darah di kepala. Kesan positif air panas pada saluran darah kita boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan pada saluran darah tersebut dan menyembuhkan sakit kepala kita.

Membantu kita berasa lebih baik.

Selepas hari yang tertekan, mandi air panas membantu kita berasa lebih baik secara fizikal. Kita menjadi lebih yakin pada diri sendiri dan juga lebih yakin untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Mandi air panas juga merupakan cara terbaik untuk mengurangkan kebimbangan harian juga dan membuatkan kita berasa selesa di sekeliling.

Jadi, bolehlah anda kerap mandi air panas kerana banyak manfaatnya untuk kesihatan anda.

 

Sumber: Heatworks

 

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.