Siakap Keli

Prudential Tepati Janji Bagi Membantu Komuniti Kurang Bernasib Baik Memanfaatkan Kehidupan Sebaik Mungkin

KUALA LUMPUR, 11 November 2021 – Berpandukan matlamatnya untuk membantu orang ramai memanfaatkan kehidupan mereka dengan sebaik mungkin, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah menghulurkan bantuan kepada komuniti yang kurang bernasib baik dengan menyediakan perlindungan dan pendidikan kewangan sejak 2011. Semasa pandemik, PAMB telah memperluaskan skop perlindungannya bagi menampung tuntutan yang berkaitan dengan Covid-19 buat komuniti yang terjejas ini dengan memberikan bantuan kewangan sementara menerusi PRUKasih, pelan perlindungan kewangan tajaan mereka.

Ditubuhkan sejak 2011, PRUKasih telah membantu meningkatkan kehidupan komuniti yang kurang bernasib baik selaras dengan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah di kawasan bandar di Malaysia. Bantuan kewangan sementara yang telah dihulurkan telah membantu ketua keluarga atau pencari nafkah utama dalam urusan perbelanjaan apabila mereka hilang punca rezeki akibat kemalangan, sakit, atau kematian. Apabila Covid-19 melanda, PAMB terus berusaha untuk menyokong tuntutan komuniti (tuntutan biasa dan tuntutan Covid-19) sehingga akhir 2021 walaupun mereka telah mencapai tahap dana tuntutan tahunan PRUKasih sebanyak RM5 juta.

Sejak permulaan pandemik pada 2020, PRUKasih telah membayar lebih RM2 juta untuk tuntutan berkaitan Covid-19, di mana 67% daripadanya adalah untuk tuntutan kematian. Selain itu, PAMB mengagihkan bantuan makanan bernilai RM213,500 kepada ahli PRUKasih semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 beberapa bulan yang lalu. Inisiatif bantuan makanan yang telah memanfaatkan sejumlah 1,407 keluarga ini adalah usaha sama dengan Prudential BSN Takaful Berhad.

Menurut Lim Eng Seong, Ketua Pegawai Eksekutif PAMB, mereka bertekad untuk memperbaiki kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik terutamanya dalam tempoh masa yang mencabar dan tidak menentu ini.

“Kami mahu terus membantu komuniti ini dalam masa yang mencabar ini kerana Covid-19 bukan sahaja menjejaskan kehidupan mereka, malah juga kehidupan ahli keluarga mereka. Dengan itu, kami akan terus memenuhi tuntutan sehingga akhir tahun 2021.

“Dengan peralihan negara kita ke fasa endemik, kami berharap inisiatif ini dapat menjadi asas yang kukuh bagi komuniti kurang bernasib baik untuk bangkit semula dan pulih daripada kesusahan mereka,” kata Encik Eng Seong.

Salah seorang ahli PRUKasih dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas berkongsi rasa terima kasih dengan pelan perlindungan kewangan PRUKasih, “Bantuan kewangan PRUKasih membolehkan saya membiayai perbelanjaan rumah setelah pemergian suami.”

“Pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama, ahli keluarga kami masih dapat bekerja, tetapi dua daripada kami kehilangan pekerjaan enam bulan kemudian. Pada waktu itu, kami menghadapi banyak cabaran kerana makanan tidak mencukupi, dan kami terpaksa berjimat cermat. Saya sangat gembira apabila bantuan makanan tiba. Barang makanan yang diberikan amat baik dan yang paling penting, pertolongan ini telah memastikan kami mempunyai bekalan makanan,” kata seorang ahli Beautiful Gate Foundation for the Disabled, salah satu daripada 35 komuniti PRUKasih.

Untuk maklumat lanjut tentang PAMB dan usaha mereka bersama Komuniti PRUKasih,

sila layari: https://www.prudential.com.my/en/our-company-community-investment-programmes/prukasih/

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.