Siakap Keli

Ramai Nak Shopping Sakan Waktu Sale Shopee, Korang Tau Tak Sebenarnya Boleh Menang Bila Payment Online

Bila kita cakap je pasal waktu Sale yang Shopee selalu buat, sape je kan yang tak pernah berpusu-pusu nak checkout barang idaman yang dah lama tersimpan dalam cart tu kan. Yelah, nak beli masa tu jugak duit tak cukup pulak. Apa lagi, masa Sale la nak shopping sakan semua barang. Baru la rasa berbaloi masa buat payment tu. Tapi, korang sebenarnya rugi tau. Rugi sangat kalau korang tak selalu alert dengan promo baru yang ada sekarang ni. Sebab, selain daripada dapat barang yang korang dah lama aim kat Shopee tu. Korang jugak sebenarnya boleh dapat duit.

Haaa, korang boleh dapat duit balik tau bila korang buat pembayaran secara online ni. Bukan sikit, tapi boleh dapat sebanyak RM10k tau. Korang takkan tak nak. Mudah je sebenarnya cara-cara nak berpeluang dapat wang berjumlah RM10k ni. Untuk yang nak tahu, caranya ialah cuma dengan banyakkan buat payment dengan cara online banking je. Lagi-lagi, kan Year End Sale nak dekat dah ni bulan 12 nanti. Cepat-cepat la korang add to cart barang korang tu.

Kempen ni namanya ‘I DAH. YOU BILA LAGI?’ dan kempen ni sebenarnya bertujuan untk galakkan lagi korang guna cashless payment dalam semua perkara yang korang buat. Bukan sahaja online shopping, tapi untuk bayar bil ke, transfer duit kepada orang lain ke dan macam-macam lagi lah. Ada tiga jenis digital payment yang dah makin terkenal kat Malaysia sekarang ni tau. Jenis-jenis tu ialah ‘DuitNow’, ‘FPX’ dan juga ‘JomPAY’. Semua ni ramai guna.

1) DuitNow

DuitNow ni ialah cara baharu untuk korang buat pemindahan wang serta-merta melalui Perbankan Internet dan juga Perbankan Mudah Alih dengan hanya menggunakan nombor mudah alih sahaja.

2) FPX

FPX ni pulak dapat memudahkan cara korang membayar secara online, menggunakan FPX dan juga membayar pelbagai jenis urusan dengan Perbankan Dalam Talian semasa pembayaran dalam satu klik sahaja.

3) JomPAY

JomPAY sebenarnya ialah sebuah jenis perkhidmatan pembayaran bil sehenti dengan lebih 10,000 kod pengebil tersedia. JomPAY bil korang pada bila-bila masa dari mana-mana 42 bank.

Untuk peluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM10k tu pulak, apa yang korang perlu buat ialah cuma banyakkan lagi cashless payment je dalam hidup korang. Dahla caranya mudah, pantas pulak tu. Yang paling penting, korang juga boleh rasa yakin yang korang dapat berbelanja dengan selamat bila korang guna cara cashless payment ni. Peluang untuk menang duit ni korang boleh cuba banyak kali tau sebab, setiap bulan akan ada hadiah wang tunai RM10k untuk dimenangi untuk setiap jenis digital payment yang korang guna sekarang ni iaitu ‘DuitNow’, ‘FPX’ dan juga ‘JomPAY’. Cuba lah guna sekarang, jangan lepaskan peluang keemasan ni tau korang.

Nor Fakhry