Siakap Keli
Kredit: Sinar Online

Seekor Tapir Betina Mati Dilanggar

SABAK BERNAM – Seekor tapir betina dewasa ditemui mati di tebing terusan Ban Canal Parit 9 Jalan Ban Canal Sekinchan, Jumaat lalu disyaki dilanggar kenderaan.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, hasil bedah siasat mendapati bahawa tapir tersebut mengalami pendarahan dalaman, iaitu paru-paru dan jantung pecah.

Pemerhatian awal mendapati bangkai tapir tersebut berada dalam keadaan baik dan tiada kesan tembakan.

“Tapir tersebut berkemungkinan tersesat dari Hutan Simpan Sungai Karang”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, tapir seberat 340kg itu ditemui mati oleh seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) pada jam 6 petang Jumaat yang lalu.

Perhilitan tiba pada jam kira-kira 6:30 petang mendapati bahawa tapir itu ditemui mati di kira-kira 15 meter dari jalan raya.

 

Sumber: Sinar Online

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.