Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

TERKINI: 5,413 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,413 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,556,865 kes.

Catatan kes positif yang dilaporkan setakat tengah hari ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 5,143 kes semalam.

Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, setakat ini 76.1 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi di mana negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 91.3 peratus.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.