Bagi membendung penularan Covid-19, kerajaan Malaysia telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil suntikan vaksin sebelum akhir tahun ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick). Sehingga hari ini, status vaksinasi di Malaysia agak memberangsangkan dengan lebih 70 peratus populasi rakyat Malaysia yang sudah mengambil vaksin.
Kerajaan telah menambah satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah dan mereka perlu mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19.
Vaksin Covid-19 dalam akaun Twitternya telah menunjukkan cara untuk memohon dos penggalak bagi tujuan umrah. Melalui hantaran tersebut, @JKJAVMY telah sertakan satu video bagi memudahkan lagi urusan pemohon dos galakan membuat permohonan. Pemohon perlu pergi ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan di situ.
Berikut merupakan cara membuat permohonan dos penggalak untuk tujuan umrah:
- Tekan Helpdesk
- Mula
- Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
- Pilih G
Bagi yang ingin memohon dos penggalak untuk tujuan umrah, sila ke Helpdesk di MySejahtera untuk menghantar permohonan anda:
1. Helpdesk
2. Mula
3. Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
4. Pilih G #PICKBooster pic.twitter.com/mwtVVldBn2— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) November 16, 2021
Sumber: Twitter Vaksin COVID-19