Siakap Keli
Kredit: TikTok @adrianchiaaa

(Video) “Karpet Kereta Tak Ikut Saiz,” Bahaya, Ini 4 Aksesori Jangan Pasang Kat Kereta Korang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi seseorang yang baru sahaja membeli kereta, pasti ada bermacam-macam aksesori kereta yang ingin ditambah untuk mencantikkan lagi kereta mereka. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aksesori yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan tidak patut diletak di dalam kereta.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @adrianchiaaa, lelaki ini menjelaskan 4 aksesori yang berbahaya jika dipasang dalam kereta. Antara 4 aksesori kereta yang bahaya tersebut adalah:

1. Saiz karpet yang tak betul

 

Hal ini kerana saiz karpet yang tidak betul boleh menyebabkan brek tersangkut dan tidak dapat berfungsi dengan baik ketika kecemasan sekali gus menyebabkan kemalangan jalan raya.

2. Dashboard cover

Dashboard cover boleh menghalang beg udara atau airbag kereta untuk meletup keluar bagi melindungi diri kerana sudah tertutup dengannya.

3. Seatbelt klip tambahan

Hal ini kerana seatbelt klip tambahan tidak dapat menahan badan pemandu atau penumpang hingga menyebabkan anda tercampak keluar dari kereta ketika berlakunya kemalangan. Selain itu, anda juga tidak dapat claim insurans jika pihak berkenaan mendapati bahawa anda menggunakan aksesori tersebut.

4. Steering wheel sticker

Tidak dapat dinafikan bahawa pelekat steering atau steering wheel sticker sememangnya cantik. Namun, ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada muka anda sekiranya beg udara keluar daripada steering kenderaan terutama sekali pelekat yang jenis berbatu seperti berlian.

 

@adrianchiaaa

Korang ada pasang ke? #fypmalaysia #carmalaysia #cartips #carsafety #TikTokGuru

♬ Reality – Lost Frequencies

Menjengah ke ruangan komen, video perkongsian tersebut telah meraih pelbagai maklum balas dari pengguna TikTok yang baru sedar bahawa aksesori yang digunakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka.

 

 

Sumber: TikTok

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.