Siakap Keli
Kredit: TikTok KamiAda

(Video) Nasib Tak Kena ‘Serang’, Tengah Seronok Hantar Bantuan Makanan, Sekali Lembu Datang ‘Serah Diri’

Bagi yang sememangnya sudah terbiasa dengan suasana kampung, pasti sudah tidak menjadi masalah bila berhadapan dengan haiwan-haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kerbau. Tapi, bagaimana pula bagi golongan yang ‘terpaksa’ berhadapan dengan haiwan-haiwan ternakan tersebut secara tidak rela.

Bukanlah takut terhadap haiwan tersebut, namun mungkin khuatir sekiranya diapa-apakan, maklumlah haiwan berkenaan tidak mengenali sosok tubuh baharu yang berada di depannya.

Disambut lembu ketika sedang hantar bantuan

Seperti satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang dalam misi menghulurkan bantuan, terpaksa berdepan dengan seekor lembu berwarna hitam yang ‘menyambut’ kedatangan mereka.

Perjalanan yang mulanya bergerak lancar, tetapi langkah mereka mula terhenti apabila lembu tersebut pula yang memulakan langkah ke arah mereka. Seakan sedang menyambut tetamu, lembu tersebut nampaknya tidak mempunyai ‘masalah’ dengan kumpulan lelaki tadi yang sedang membawa makanan dan barang keperluan.

Hari ni team Dapur I’tam ziarah hantar makanan dan barangan keperluan. 

Suspen betul.. besar lembu sambut kami.

Mujur ustaz Sayed ada…baru fikir nak patah balik

@kamiada_

Dapur It’am JAWI & MAIWP beri makanan percuma setiap hari

♬ bunyi asal – Saufi mat yaacob – Saufi mat yaacob

Rupa-rupanya, sekumpulan lelaki yang ‘disambut’ lembu itu adalah petugas-petugas dari pasukan Dapur It’am yang sedang dalam misi untuk menyampaikan makanan dan barang keperluan kepada penduduk yang memerlukan di kawasan kampung berkenaan.

Apa Sebenarnya Program Dapur It’am

Kalau korang nak tahu, Dapur It’am ini sebenarnya satu program yang menyediakan edaran pek makanan yang dimasak dengan pelbagai juadah dan diagihkan secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

Program yang berkonsepkan soup kitchen ini berpusat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Tujuan utama program ini pula adalah untuk memastikan sasaran sifar lapar dalam tempoh pandemik yang sedang melanda negara.

Kaedah yang diguna pakai oleh program ini adalah petugas masjid dan surau memasak makanan tengah hari secara bergotong-royong di dapur masjid dan surau. Kemudiannya, makanan tersebut akan dibungkus lalu diedarkan kepada golongan sasaran.

Sehingga bulan Ogos 2021, 1,638,706 pek makanan bermasak bernilai RM 13,516,690 telah diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, petugas barisan hadapan, penduduk Projek Perumahan Rakyat, Projek Perumahan Awam yang dikenalpasti serta golongan lain yang terkesan dan memerlukan sekitar Wilayah Persekutuan.

Berita baik juga, program ini akan diteruskan sehingga bulan Disember tahun ini melalui peruntukan MAIWP berjumlah RM10.8 juta.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melayari laman Facebook JAWI dan Twitter JAWI Official untuk mendapatkan senarai masjid dan dapur yang terlibat dalam program ini.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.