Siakap Keli
Gambar: FB Funniest Family Moments

(Video) Siap Layan Baik, Kucing Usung Tikus Guna Mulut, Rupanya Nak Ajak Makan Sekali

Kalau kita tengok kucing mengejar tikus itu adalah perkara biasa. Bak kata pepatah bagai anjing dengan kucing. Dua dunia yang berbeza, asal berjumpa je mesti gaduh. Itulah sifat semula jadi yang ada di antara tikus dengan kucing.

Tetapi hal ini berbeza dengan perkongsian melalui laman Facebook Funniest Family Moments yang memaparkan rakaman aksi lucu di antara kucing dan tikus ini.

Dalam perkongsian video tersebut terdapat seekor kucing yang mengigit bahagian leher tikus itu untuk membawa kucing tersebut ke tempat makanan kucing itu. Aksi ini menunjukkan kucing itu seolah-olah dine-in bersama-sama tikus tersebut.

Perkara ini berbeza dengan sifat semula jadi kucing dan tikus yang selalunya bergaduh tetapi kali ini berbeza pula yang jadi. Rakaman ini telah menjadi tular apabila telah meraih 9.2 juta tontonan sehingga ke waktu artikel ini ditulis.

Sumber: FB Funniest Family Moments

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.