Satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal hampir dilanggar oleh kereta api telah tular di media sosial.
Penunggang motosikal itu hampir sahaja kehilangan nyawanya, namun bernasib baik kereta api yang melalui rel tersebut sempat memperlahan kelajuannya dan berhenti seketika.
Kejadian penunggang motosikal itu hampir dilanggar kereta api tersebut telah terjadi di Desa Karangdukuh, Jogonalan, Klaten, Jawa Tengah, Indonesia.
Dalam video yang dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @terang_media, kelihatan seorang penunggang motosikal itu terperangkap di tengah-tengah rel laluan kereta api berkenaan.
Lelaki yang membawa motosikal itu dilihat berusaha untuk menyelamatkan motornya yang sedang tersekat.
Sementara itu, dapat didengar suara teriakan penduduk setempat yang memberikan amaran kepada lelaki tersebut.
Penduduk setempat dilihat berusaha untuk memberi amaran agar lelaki itu meninggalkan motosikalnya itu dan menyelamatkan dirinya.
Ianya adalah kerana, kereta api itu telah semakin dekat serta kereta api itu telah membunyikan hon dari jauh.
Walaupun begitu, penunggang motosikal itu tampak tidak menghiraukan meskipun penduduk setempat berusaha untuk memberikan amaran kepadanya.
Dia masih cuba untuk melintasi landasan tersebut dengan motosikalnya. Kerana tidak berjaya memujuk lelaki berkenaan, dia akhirnya berhenti di tengah-tengah dua trek tersebut.
Kereta api tersebut dilihat melintasi lelaki itu sementara lelaki tersebut pula kekal di tengah-tengah landasan berkenaan.
Mujur lelaki tersebut tidak dilanggar, dan terlepas daripada sebarang kecederaan.
Dari informasi yang dikongsikan oleh akaun Instagram @terang_media, lelaki tersebut mempunyai masalah sejak dari lahir. Disebabkan itu, agak sukar untuk berkomunikasi dengannya.
View this post on Instagram
Sumber: pikiran rakyat