Siakap Keli
Gambar : Bernama

Bukan Untuk Peniaga, Minyak Masak Polibeg 1KG Adalah Untuk Kegunaan Isi Rumah Tempatan Sahaja

Tahukah anda bahawa minyak masak paket 1 kg bersubsidi hanyalah untuk kegunaan isi rumah sahaja dan bukannya untuk kegunaan berniaga.

Menerusi perkongsian daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), kerajaan telah memperuntukkan minyak masak bersubsidi 1 kg adalah untuk kegunaan isi rumah domestik.

Had pembelian yang ditetapkan adalah bertujuan untuk memastikan lebih ramai isi rumah dapat menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Kredit: KPDNHEP Laman Rasmi

Minyak masak polibeg bersubsidi itu juga bukan untuk kegunaan peniaga, peniaga kecil dan pengusaha kedai makan dengan tujuan menjual makanan yang dimasak.

Selain itu, KPDNHEP juga turut berkongsikan gambaran gambaran melalui grafik kartun untuk menjelaskan lagi mengenai hal ini.

Kredit: KPDNHEP Laman Rasmi

Sumber : KPDNHEP

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.