Siakap Keli

Delegasi MyFundAction Ke Turki, Hantar Bantuan Bernilai RM4 Juta Kepada Pelarian Syria

TURKI, 15 November 2021 – Seramai 7 orang delegasi Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) berangkat ke Turki dalam misi bantuan kepada pelarian Syria di sini bernilai RM4 juta.

Menurut Siti Aisyah Shahid, Ketua Pegawai Operasi MyFundAction, misi Winter Aid for Syria 2021 ini akan melancarkan beberapa projek besar termasuklah 500 buah rumah untuk pelarian Syria dan pembukaan kilang roti di Idlib.

7 delegasi MyFundAction yang berangkat ke Turki pada 7 November lalu

500 buah rumah di Idlib, Syria

Gambaran rumah dari jarak dekat

Menurut Siti Aisyah Shahid, Ketua Pegawai Operasi MyFundAction, misi Winter Aid for Syria 2021 ini akan melancarkan beberapa projek besar termasuklah 500 buah rumah untuk pelarian Syria dan pembukaan kilang roti di Idlib.

Tambahan dari itu, MyFundAction juga akan mengedarkan 500 kotak makanan dan roti serta “hygiene kit” dan pek korban kepada pelarian di sana.

Muhammad Afiq Mohmad Nazari, Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction pula berkata, “selain memberi bantuan kepada pelarian di sana, kami juga akan menguruskan pendaftaran dan pembukaan cawangan MyFundAction Turki bagi mengurangkan kos operasi di Syria.

Sesi pertemuan dan tandatangan MoU bersama Hayrat Yardim di Istanbul, Turki

Sesi pertemuan delegasi MyFundAction bersama delegasi Hayrat Yardim

“Hal ini bagi memudahkan proses pembukaan syarikat dan ekonomi serta meluaskan dan mengukuhkan hubungan kerjasama antara MyFundAction dan NGO di sana, Hayrat Yardim” tambahnya lagi.

“Insya-Allah banyak peluang dakwah di sini (Turki) yang memerlukan sokongan jitu dari semua pihak demi menjadi rahmatan lil alameen,” kata Noor Aini Bohari, Pegawai Perhubungan Awam MyFundAction.

Baru-baru ini dalam program “Town Hall MyFundAction”, mereka mengumumkan jumlah wang yang dimanfaatkan bermula Januari sehingga Oktober adalah sebanyak RM24.7 juta.

Siti Fatimah