Jeff Bezos, pengasas firma Amazon dan Blue Origin meramalkan pada masa hadapan manusia akan dilahirkan angkasa lepas dan hanya akan melawat Bumi untuk bercuti.
Bezos berkata “Selepas beberapa abad, akan ramai manusia yang akan dilahirkan di angkasa lepas. Ia akan menjadi rumah pertama mereka,” kata Bezos. “Mereka akan dilahirkan di tanah jajahan ini, tinggal di tanah jajahan ini. Kemudian mereka akan melawat Bumi seperti anda melawat Taman Negara Yellowstone.”
Bezos mula menyuarakan idea berkenaan membina koloni angkasa lepas sejak dari zaman belajar lagi. Dia turut berkongsi pada hari Rabu lepas bahawa koloni angkasa lebih baik daripada membina hidupan di sebuah planet lain.
“Jika anda ingin mengubah Marikh menjadi sebuah planet seperti Bumi-yang mana sangat mencabar- ianya hanya akan menjadi Bumi kedua,” kata Bezos.
Cara mewujudkan kehidupan di luar Bumi adalah titik perbalahan utama antara Bezos dan Tesla dan pengasas SpaceX Elon Musk.
Musk berkata matlamat utama syarikat roketnya adalah untuk “menjajah Marikh,” dan rujukan Bezos kepada rancangan menduakan Buminya hanya memakan diri sendiri.
Musk telah menyokong idea fiksyen sains tersebut, di mana planet ini perlu diubah menggunakan senjata nuklear untuk menjadikannya boleh didiami untuk manusia (NASA telah berkata ini tidak akan berfungsi).
Musk pernah memuat naik sebuah ciapan pada tahun 2019 menyatakan bahawa rancangan Bezos tidak akan berjaya. Hal ini kerana ianya memerlukan sokongan yang banyak dari planet/bulan/asteroid.
Sumber: Business Insider