Siakap Keli
Kredit: TLC

“Kadang-kadang Rasa Masin..,” Wanita Ini Minum Air Kencing Sendiri, Percaya Boleh Cegah Kematian Akibat Kanser

AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu, Carrie, 53, ‘ketagih’ minum air kencingnya sendiri. Dia percaya bahawa dia akan mati disebabkan kanser sekiranya dia berhenti meminum air kencingnya.

Wanita itu menyifatkan air kencingnya sama seperti minuman keras. Dia mengambilnya sebanyak lima gelas setiap hari.

Dalam satu kenyataan menerusti TLC’s My Strange Addiction, wanita itu berkata bahawa dia menyukai air kencing panas kerana ia menenangkan.

“Air kencing saya memang berbau bergantung pada apa yang saya makan, rasa hari ini agak berbeza berbanding empat tahun lalu. Kadang-kadang ia masin, kadang-kadang rasanya seperti champagne”, katanya

“Anda boleh merasai pelbagai perkara melalui badan anda”.

Menurut wanita itu lagi, ada beberapa makanan yang dia tidak suka makan kerana ia mempunyai rasa yang sangat tidak baik apabila ia dicerna.

“Saya suka makan asparagus tapi saya kini tidak makannya lagi kerana ia membuatkan rasa air kencing saya teruk”, katanya lagi.

Tabiat pelik wanita itu bermula sejak empat tahun yang lalu selepas dia didiagnosis menghidap penyakit melanoma, iaitu sejenis kanser kulit dan dia membuat keputusan untuk menolak dunia perubatan.

Sumber: Asiaone

 

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.