Siakap Keli
Gambar via Bernama

Keadaan Terkini Pesawat Milik TUDM Yang Terhempas Di Pulau Pinang Malam Tadi

Tengah malam tadi, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan satu insiden kemalangan membabitkan sebuah pesawat pejuang Hawk milik TUDM ketika melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).

Nahas pesawat pejuang itu telah mengorbankan salah seorang juruterbang, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala seorang lagi, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Pesawat Hawk milik TUDM itu terhempas itu terhempas di kawasan landasan Pulau Pinang dan dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.07 malam semalam.

Tinjauan Bernama yang dikongsikan di laman sosial rasmi setakat pagi ini mendapati, bangkai pesawat Hawk 108 itu masih berada di tempat kejadian, tepatnya di Pangkalan Udara Butterworth.

Gambar via Bernama
Gambar via Bernama
Gambar via Bernama

Sumber: Bernama

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.