Siakap Keli
Gambar: @wspd7pio via Daily Star

Kereta Remuk Teruk ‘Ditindih’ Lori, Wanita Bernasib Baik Hanya Cedera Ringan Walau Tersepit Dalam Kereta

Seorang wanita berusia 46 tahun dilaporkan telah berjaya menyelamatkan diri daripada sebuah kemalangan kereta yang teruk selepas kereta Nissan miliknya digilis lori.

Wanita tersebut dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan walaupun keretanya sudah hancur teruk, memetik laporan daripada Daily Star.

Kemalangan kereta itu menunjukkan kereta Nissan Altima milik wanita tersebut telah terlipat dua selepas sebuah lori bertembung dengannya.

Polis mendapat panggilan mengenai kejadian tersebut yang dilaporkan berlaku di Jambatan Sungai Skagit di Mount Vernon, Virginia, pagi Selasa semalam.

@wspd7pio

Menurut laporan, trak tersebut berlanggar dengan kereta itu pada tekanan yang sangat kuat sehingga menyebabkan kereta itu tertolak ke hadapan dan hampir separuh trak sudah menggilis kereta tersebut.

“Sewaktu anggota polis tiba, kami mendengar suara seseorang di dalam kereta,” kata salah seorang anggota polis kepada Fox 13.

“Orang itu dapat keluar dari kereta dan berjalan keluar dengan sendiri.”

“Perkara itu sangat luar biasa apabila wanita tersebut berjaya berjalan keluar dari kereta itu.”

Pemandu trak itu dikejarkan ke hospital berdekatan dan disahkan mengalami kecederaan ringan yang melibatkan tulang rusuk dan kepala.

“Lebih daripada sepuluh dekad saya sudah bertugas tetapi kejadian seperti ini merupakan kejadian pertama yang pernah saya lihat.” kata Oliphant pegawai polis yang ditugaskan untuk menguruskan kejadian itu.

Gambar: @wspd7pio via Daily Star

Sumber: Daily Star

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.