Taman tema animasi (MAPS) suatu ketika dahulu merupakan destinasi pilihan untuk dikunjungi di Perak. Namun, setelah hampir tiga tahun beroperasi, taman tema Movie Animation Parks (MAPS) Ipoh ini memaklumkan penutupan operasi mereka pada Januari tahun lalu.
Masih ramai pengunjung terutama sekali penduduk dari luar negeri Perak mahupun pengunjung dari luar negara yang tidak tahu mengenai penutupan taman tema berkenaan. Penutupan taman tema animasi itu dipercayai kerana kerugian yang ditanggung oleh MAPS sudah tidak dapat dibendung.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @viralperak, keadaan taman tema MAPS ini semakin suram dan tidak terurus.



Penutupan taman tema itu juga mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk setempat dan juga warganet. Ada yang sempat mengunjungi, dan ada juga yang hairan tentang penutupan taman tema tersebut.
Apa pun yang berlaku, kita berharap agar pihak-pihak yang terlibat dapat mencari jalan penyelesaian supaya taman tema ini dapat dibuka semula.
Taman Tema Animasi MAPS Ipoh, terbengkalai tanpa khabar dan hala tuju. Lambat laun jadi spot paranormal 👻
Foto: ‘Aqilah Shahruzzaman pic.twitter.com/FZ0ItKVh3b
— VIRAL PERAK (@viralperak) November 16, 2021
Sumber: Twitter