Siakap Keli
Gambar via Bernama TV

Penyandang Kerusi DUN Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan Meninggal Dunia

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan meninggal dunia pada jam 1.04 tengah hari tadi, lapor Bernama.

Allahyarham Abdul Ghafar pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka bagi kerusi Asahan semenjak 13 Mac 2020 dan merupakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Melaka.

Allahyarham juga pernah dianugerahkan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 2006 dan yang terkini menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) pada tahun 2016.

Sumber: Bernama TV

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.