Siakap Keli
Gambar: Orang awam via Bernama

Pesawat Hawk 108 Terhempas: “Seorang Anggota Kehilangan Nyawa, Seorang Lagi Cedera” – Hishammuddin

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas tadi terkorban, manakala seoarang lagi cedera.

Menerusi laman Facebooknya, Hishammuddin memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad mengenai tragedi tersebut.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang meninggal dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

“Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera. Kementerian Pertahanan Malaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” maklumnya.

Sumber: Hishammuddin Hussein

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.