Siakap Keli
Gambar: Bernama & Ismail Sabri

Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy – PM

Seperti yang kita tahu, sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah disahkan terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam semalam ketika melakukan latihan penerbangan (Night Flying).

Nahas pesawat pejuang itu telah mengorbankan seorang juruterbang, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala seorang lagi, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Melalui hantaran di laman Twitter miliknya sebentar tadi, Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Kapten Mohamad Affendi dan mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Innalillahiwainnaillahirajiun. Al-Fatihah. Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 malam tadi di Butterworth.

“Saya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman,” tulis Ismail Sabri dalam ciapannya sebentar tadi.

Sumber: Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.