Siakap Keli

“Sekali Pandang Macam Gigi Hadid,” Keliru Mana Satu Tya Arifin, Netizen Puji Rina Harun Persis Model Antarabangsa

Seakan tidak pernah lari menjadi tumpuan netizen di media sosial, kelibat Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sekali lagi menjadi bualan hangat warganet apabila penampilannya kini khabarnya mirip model antarabangsa, Gigi Hadid.

Kenyataan itu disuarakan oleh salah seorang pengikutnya di laman Instagram selepas gambarnya bersama selebriti dan pengasas produk Mutyara, Tya Arifin tular di media sosial.

Menerusi posting yang dimuat naik Rina tempoh hari, beliau yang difahamkan teruja melihat kehebatan produk yang diketengahkan oleh Mutyara, akui yakin bahawa peluang yang dihadirkan jenama itu mampu menjadi pendorong utama kepada golongan wanita nasional untuk tampil menceburi bidang keusahawanan sebagai sumber pendapatan utama.

“Tiada ragu lagi, produk-produk hebat yang dipasarkan dengan jenama ini membuktikan bahawa Mutyara mampu menjulang bakat-bakat keusahawanan wanita di seluruh negara di pentas antarabangsa menerusi keupayaan yang ada pada syarikat ini,” coretnya ringkas.

Meskipun ruangan komen posting berkenaan dibanjiri maklum balas positif daripada ribuan Usahawan Mutyara, namun apa yang mencuri tumpuan umum adalah salah satu komen pujian yang ditinggalkan pengikut Menteri tinggi lampai itu.

Kata netizen, beliau amat terpesona dengan penampilan terbaru Rina kerana susuk tubuhnya yang ramping persis Gigi Hadid ketika bergambar bersebelahan menantu Penyanyi Nombor Satu Negara itu menyebabkan netizen keliru apakah profesi sebenar Rina kerana kejelitaannya menyerupai seorang artis.

“Sekali pandang dah macam Gigi Hadid badan YB sekarang. Keliru pula mana yang artis,” katanya.

Terdahulu, Rina yang dibaluti busana kurung moden merah jambu difahamkan hadir ke pejabat urusan Mutyara di Puchong bagi menjayakan “Roadshow Jutawan Wanita” yang direncanakan dalam agenda “Wanita Bangkit Berniaga” menerusi jalinan Kolaborasi Strategik KPWKM dengan Usahasama Mutyara.

Untuk rekod, buat anda yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal dan cenderung untuk menjana pendapatan bulanan bersama Mutyara, daftarkan diri anda di www.berniagabersamatya.com segera.

Sumber: Instagram @rinaharunofficial

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang