Siakap Keli
Gambar via Aman Nazman

“Seram Sejuk Dapat Khabar Kapten Affendi Pergi Buat Selamanya,” Status FB Allahyarham Buat Netizen Tersentuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang kita tahu, sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah disahkan terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam semalam ketika melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).

Nahas pesawat pejuang itu telah mengorbankan seorang juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala seorang lagi dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Pemergian Allahyarham Kapten Affendi turut mendapat penghormatan dari rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan cukup dirasai keluarga serta sahabat terdekat.

Melalui sebuah hantaran di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Aman Nazman ini turut memberi penghargaan terakhir untuk sahabat yang sangat dikaguminya iaitu Allahyarham Kapten Affendi. Ikuti perkongsian Aman Nazman di bawah ini.

“Seram sejuk dapat khabar Kapten Affendi..”

Seram sejuk dibuatnya dapat perkhabaran Kapten Affendi Bustamy TUDM telah pergi buat selama-lamanya. Pemergian pula ketika dalam melaksanakan tugas penerbangan dimalam hari, sungguh cemburu.

Banyak kenangan yang terimbau sejak sama-sama melapor di Pangkalan Udara Butterworth. Terdetik nak tengok kembali status-status Tuan, walaupun ringkas tapi penuh motivasi.

Semoga roh Tuan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Gambar: Aman Nazman

“Bintangku tinggi di atas”

Dalam hantaran yang sama, Aman turut memuatnaik beberapa tangkapan skrin dari hantaran ringkas tapi penuh bermakna dari Facebook Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang ditulis semasa hayatnya.

Gambar via Aman Nazman
Gambar via Aman Nazman
Gambar via Aman Nazman
Gambar via Aman Nazman
Gambar via Aman Nazman
Gambar via Aman Nazman
Gambar via Aman Nazman
Gambar via Aman Nazman
Gambar via Aman Nazman

Bercakap mengenai sifat Allahyarham, Aman Nazman ketika dihubungi berkata, arwah sangat baik dan bermotivasi sepanjang dia mengenali juruterbang tersebut sejak sama-sama melapor di Pangkalan Udara Butterworth.

“Beliau adalah senior saya, kami sama-sama melapor berkhidmat di PU (Pangkalan Udara) Butterworth.

“Arwah memang baik orangnya. Sangat bermotivasi,” katanya yang ketika ini telah bertukar dan berkhidmat di Kolej Tentera Udara Alor Setar.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 TUDM semalam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Aman Nazman

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.