Siakap Keli
Gambar via Bernama

TERKINI: 6,288 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 6,288 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,563,153 kes.

Kes positif harian di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah catatan kes positif yang dilaporkan setakat tengah hari 17 November turut meningkat berbanding 5,413 kes semalam.

Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, setakat ini 76.2 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi di mana negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 91.5 peratus berbanding 91.3 peratus semalam.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.