Dalam kita tidak sedar, dunia yang semakin maju pada masa kini telah memberikan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan kita. Pekerjaan yang semakin banyak menyebabkan ramai orang tidak dapat tidur yang mencukupi dan makanan yang telah mencampur pelbagai kandungan dalam satu masakan menyebabkan ramai orang terkena banyak penyakit yang berbeza-beza.
Penyakit buah pinggang sangatlah terkenal di Malaysia dengan kebanyakannya ‘terkena’ kepada golongan yang sudah berumur. Meskipun begitu, penyakit ini juga kelihatan sudah mula menyerangkan golongan muda yang kebanyakannya adalah disebabkan pelbagai perkara. Buah pinggang berfungsi untuk menapis sisa daripada darah dan menghantarnya keluar melalui pundi kencing. Buah pinggang juga mempunyai fungsi lain termasuk pengeluaran darah, mengawal tekanan darah serta menghasilkan hormon yang menguruskan kesihatan tulang.
Oleh itu, seorang doktor telah berkongsi tips penjagaan kesihatan buah pinggang melalui sebuah video di akaun Tiktok miliknya. Doktor yang menggunakan nama @drtaiwengyew ini dalam akaun Tiktoknya menyeru orang ramai untuk menjaga kesihatan buah pinggang masing-masing demi kegunaan pada masa hadapan.
Berikut merupakan tips penjagaan kesihatan buah pinggang menurut Doktor Tai Weng Yew.
- Jangan mengambil supplement herbal yang tidak berdaftar
- Penjagaan makanan yang kurang garam
- Minum air yang mencukupi
- Jangan makan ubat tahan sakit tanpa nasihat daripada doktor
- Mengawal kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Selepas ini, buatlah lima tips ini bagi membantu kita mengelakkan diri daripada terkena penyakit buah pinggang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.
Semoga bermanfaat!
@drtaiwengyew Tips jaga kesihatan buah pinggang #tiktokdoctor #tiktok_malaysia #ckd #buahpinggang
Sumber: Tiktok Dr Tai Weng Yew.