Siakap Keli
Gambar: Sou Agro

(Video) Tak Nak Kena Sembelih, Lembu Lari Masuk Taman Tema, Siap ‘Menyorok’ Dalam Gelongsor Air

Bila pergi ke mana-mana taman tema air, mesti korang perasan kalau barisan yang paling panjang beratur tu tak lain tak bukan di bahagian gelongsor air.

Permainan gelongsor air seringkali menjadi tumpuan pengunjung di mana-mana taman tema air. Suka betul kan kalau dapat naik gelongsor air. Selalu kita naik gelongsor air ni sebab nak seronok-seronok kan? Tapi lain pula ceritanya dengan ‘pengunjung’ tak diundang ni.

Menurut New York Post, seekor lembu dari Brazil bertindak melarikan diri dan ‘menyorok’ di dalam gelongsor air sebuah taman tema air, dipercayai kerana tak mahu disembelih. Lembu berkenaan dikatakan terlepas dari ladang ternakan berhampiran sebuah resort yang menyediakan kemudahan taman tema tersebut.

Setelah melarikan diri, lembu itu kemudian memasuki resort yang kebetulan kosong dan dikatakan memanjat tangga menuju ke gelongsor air di taman tema tersebut. Gelagat lembu Brazil ini sempat terakam kamera dan dimuatnaik pemilik akaun YouTube Sou Agro minggu lalu. Video berkenaan mendapat perhatian warga net sehingga ditonton sebanyak 11.1 ribu kali di YouTube.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seekor lembu berada di atas gelongsor air sebelum tergelincir dan meluncur ke bawah. Setibanya lembu itu di hujung gelongsor, ia dibantu turun oleh dua orang lelaki dan terus menjunam masuk ke dalam air. Lembu berkenaan dilaporkan berjaya turun dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Setelah insiden haru-biru ini berlaku, lembu tersebut akhirnya tak jadi disembelih oleh tuannya dan kini menjadi haiwan peliharaan keluarga mereka. Lembu berkenaan kemudiannya dinamakan Tobogã oleh tuannya yang bermaksud gelongsor dalam bahasa Portugis.

Sumber: Mothership

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.