Seorang wanita dari Connecticut telah dituduh mencuri lebih $600,000 (RM2,499,600) daripada akaun bank suaminya sejak 20 tahun lalu.
Dia cuba menutupnya dengan meyakinkan suaminya menghidap penyakit Alzheimer, lapor Oddity Central.
Wanita itu dipercayai telah ditangkap pada minggu lalu kerana didapati mencuri wang berbentuk cek pencen, bayaran pampasan pekerja, dan pendapatan Keselamatan Sosial daripada suaminya selama 20 tahun.
Anak tirinya dikatakan menemui kertas kerja berkaitan kad kredit yang bapanya tidak tahu apa-apa, dia terus membuat laporan polis.
Pada ketika itu, lelaki yang tidak disebutkan namanya itu mengaku menyuruh isterinya untuk menjaga kewangan, kerana yakin bahawa dia menghidap penyakit Alzheimer.
Jelas pegawai polis kepada New Haven Register, wanita itu memberitahu suaminya pernah membuat adengan pada kali terakhir pergi bank kerana penyakit Alzheimernya ketika suaminya ingin membuat transaksi di bank. Hal ini menyebabkan suaminya tidak masuk ke dalam untuk mengelakkan rasa malu.
Walaupun wanita itu tidak pernah berjumpa dengan pakar mengenai penyakit tersebut, tetapi dia tahu bahawa ibunya pernah menghidapnya, dan memudahkannya memberitahu bahawa suaminya juga penghidap Alzheimer.
Siasatan mendedahkan bahawa wanita itu telah mengambil wang dari akaun suaminya dan memasukkannya ke dalam akaun ibunya.
Dia dilaporkan telah memberitahu polis bahawa dia menggunakan wang itu untuk “membantu keluarganya,” bukan untuk berbelanja secara besar-besaran dengan beli barangan mahal atau pergi bercuti.
Tetapi, dia juga masih didakwa kerana melakukan rompakan besar peringkat pertama dan peringkat ketiga.
Tambahan pula, suaminya berasa kecewa dan dipercayai telah menceraikannya pada Jun tahun lalu, apabila rancangan asalnya diketahui.
Laporan mendakwa bahawa wanita tersebut telah ditangkap pada minggu lalu, tetapi kemudian dibebaskan dan dijangka ke mahkamah semula pada 29 November.
Sumber : Oddity Central